Seorang wanita berkongsikan kisah hari paling sedih dalam hidupnya. Di hari majlis perkahwinan yang sepatutnya manjadi hari yang paling indah dan paling bahagia dalam hidupnya, sekelip mata sahaja ianya menjadi hari yang paling menyedihkan dan memalukan buatnya apabila bakal suami tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak muncul-muncul.
Jari dah berinai, call bakal suami tak angkat
Dalam perkongsian wanita yang menggunakan akaun Tiktok @sulongnakal90_ tersebut, dapat dilihat yang segala persiapan seperti hantaran dan baju nikah sudah tersedia dan hanya menunggu detik disatukan sahaja.
Gadis tersebut juga sempat membuat live semasa majlis berinai dan cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali, namun usahanya hampa kerana langsung tidak berangkat.
Menangis dengan baju nikah
Penguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis menggunakan nama akaun @sulongnakal09_ itu lengkap memakai pakaian nikah namun menangis mengenangkan bakal suami yang tidak hadir pada majlis nikah mereka.
Sedia terima andai masih ada jodoh
Walau bagaimanapun, gadis itu redha dengan apa yang berlaku walaupun sedih. Dia juga mengakui akan menerima lelaki itu pada masa akan datang jika masih ada jodoh diantara mereka.
Sumber: OMM