Jadi Pintar Matematik Selepas Kena Langgar Bas, Kini Digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’

Seorang Lelaki Menjadi Pintar Matematik Selepas Kena Langgar Bas, Kini Digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’arenagempak.com - Jadi Pintar Matematik Selepas Kena Langgar Bas, Kini Digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’

Nama Neelakhantha Bhanu Prakash cukup dikenali dalam dunia matematik apabila beliau berupaya mengira sesuatu dengan laju tanpa menggunakan kalkulator.

Beliau yang juga digelar sebagai ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’, kini berusia 21 tahun pernah menjadi johan dalam Kejohanan Dunia Pengiraan Mental Sedunia di Mind Sports Olympiad (MSO) di London.

Prakash mendakwa, segala kelebihannya ini bermula semasa beliau berusia lima tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan basikal dan dilanggar bas menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 jahitan.

Akibat kemalangan itu, keluarganya tidak membenarkannya memandang cermin, dan hanya diberikan permainan silang kata dan sempoa bagi mengalih perhatiannya sepanjang tempoh pemulihan.

arenagempak.com - Jadi Pintar Matematik Selepas Kena Langgar Bas, Kini Digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’

Disebabkan itulah beliau kini menjadi pintar dalam mengira sehingga digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’.

Setiap hari, beliau akan memperuntukkan satu jam untuk latihan mengira secara berterusan bagi melatih keupayaan dirinya untuk mengira pantas.

VIDEO:

Sumber: ERA.JE

Facebook Comments Box

Leave a Reply