Ingatkan Ular Masuk Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Jika menemui kehadiran apa-apa haiwan yang berbahaya dalam rumah seperti ular, kita dinasihatkan agar jangan mengambil tindakan sendiri untuk menghalaunya tetapi meminta pertolongan orang yang pakar atau mahir untuk menghalau atau menangkap haiwan-haiwan tersebut.Ingatkan Ular Masuk Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Baru-baru ini tular mengenai satu kisah pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ketika melakukan operasi di sebuah rumah di Alor Janggus.

Menurut Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah, pihak BOMBA telah menerima panggilan kecemasan seawal jam 10.02 pagi berkenaan kehadiran ular di rumah tersebut.

Ingatkan Ular Masuk Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan anggota BOMBA dengan sebuah jentera yang diketuai Zulkifle Mat Esa segera dikejarkan ke lokasi dan tiba di sana pada jam 10.18 pagi.

Sampai di rumah pengadu, anggota-anggota Bomba pun segera melakukan pemeriksaan untuk mencari ‘ular’ yang dimaklumkan berada di bahagian dapur.

Ingatkan Ular Masuk Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Mereka kemudian perasan ada benda bergerak di bahagian rak pinggan mangkuk dan segera memeriksa puncanya.

Rupa-rupanya ia hanyalah seekor ketam nipah yang terlepas dan bukannya seekor ular. Adoi!

Tuan Ahmad Naufal memaklumkan operasi pihak BOMBA di lokasi tamat pada jam 10.29 pagi.Ingatkan Ular Masuk Dalam Rumah, Rupanya Ketam Nipah

Walaupun kisah ini mungkin melucukan bagi anda, tetapi tindakan mereka memanggil pihak BOMBA merupakan tindakan yang betul kerana jika ianya ular yang berbisa maka dikhuatiri berisiko berlaku sesuatu yang tidak diingini. 

p/s: Ketam tu pula mungkin dah jadi lauk dah sekarang. Haha.

Kredit: Bomba Alor Setar

Facebook Comments Box

Leave a Reply