Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Seekor kucing yang hilang selama 14 bulan telah bersatu semula dengan keluarganya selepas dia dijumpai di sebuah kilang makanan haiwan berdekatan dengan rumahnya. Clive, kucing jenis Norwegian Forest, telah menghilangkan diri.Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Pemiliknya Tanya dan Jonathan turut membuat rayuan di Facebook dan melekatkan poster di kawasan kejiranan untuk mencari Clive tetapi tidak berhasil.

Pada mulanya mereka fikir ada orang yang mengambil kucing itu kerana Clive adalah seekor kucing yang comel. Tetapi rupa-rupanya Clive telah menghabiskan masanya di kilang makanan haiwan dengan mencvri makan di situ.Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Perkara itu disedari pekerja kilang yang hairan melihat ada makanan yang selalu hiilang dan selalu ternampak kucing besar berlari keluar masuk dari kilang itu. Mereka akhirnya berjaya memasang perangkap dan membawa pencuri itu ke doktor haiwan.Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Setelah mengimbas mikrocip dan mengenalpasti pemilik kucing itu, Clive disatukan semula dengan tuannya, tetapi Tanya dan Jonathan terkejut dengan saiz kucing mereka itu yang telah membesar dua kali ganda dari kali terakhir mereka melihatnya.

“Clive berusia sembilan bulan apabila kami kehilangannya – dulu dia lebih kecil. Apabila dia kembali, kami terkejut melihat betapa besar dan gebunya dia. Dia telah menjalani kehidupan seperti raja di kilang makanan haiwan itu.”Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Clive masih mengenali pemilik dan ahli keluarga di dalam rumah itu seperti dahulu, cuma bezanya dia lebih gemuk sekarang.Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi Raja Di Kilang Makanan Haiwan

Sumber: Animal Channel via HCL

Facebook Comments Box

Leave a Reply