Ingatkan Biawak, Pemandu Terperanjat Melihat Buaya Berlegar Di Jalan Raya Ketika Hujan Lebat

Seorang pemandu kereta di Thailand berdepan dengan satu kejadian cemas semasa dalam satu perjalanan di daerah Bang Kaew, wilayah Chachoengsao di timur Thailand.Ingatkan Biawak, Pemandu Terperanjat Melihat Buaya Berlegar Di Jalan Raya Ketika Hujan Lebat

Ketika memandu dalam keadaan hujan lebat, dia telah dikejutkan dengan kemunculan satu makhluk merangkak di atas jalan raya yang pada mulanya disangka biawak besar yang bersaiz lebih kurang 2 meter.

Namun begitu, selepas diperhatikannya dengan teliti, ternyata makhluk itu bukannya seekor biawak tetapi seekor buaya!

Dalam satu video klip yang ditularkan, buaya sepanjang dua meter itu dilihat merangkak diatas jalaan raya sebelum akhirnya menuju ke sebuah kolam yang berhampiran.Ingatkan Biawak, Pemandu Terperanjat Melihat Buaya Berlegar Di Jalan Raya Ketika Hujan Lebat

Buaya itu kemudiannya dilaporkan berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipindahkan ke tempat lain. Namun bagaimanapun, pelbagai spekulasi muncul dikalangan netizen tentang bagaimana buaya berkenaan boleh muncul di lokasi berkenaan.

Namun begitu, ini bukanlah kali pertama buaya dilihat muncul di daerah tersebut dan menimbulkan spekulasi bahawa terdapat taman buaya atau pihak yang memelihara dan menyimpan buaya di lokasi berhampiran. Ingatkan Biawak, Pemandu Terperanjat Melihat Buaya Berlegar Di Jalan Raya Ketika Hujan LebatBuaya-buaya yang muncul di tempat awam itu pula berkemungkinan buaya yang terlepas disebabkan kawalan keselamatan yang tidak bagus.

VIDEO:

Para penduduk yang bimbang dengan kejadian berkenaan menggesa agar mana-mana pihak penternak buaya di kawasan berkenaan agar mengetatkan langkah keselamatan agar buaya-buaya ini tidak terlepas ke tempat yang tidak sepatutnya dan mendatangkan bahawa kepada orang awam.

Facebook Comments Box

Leave a Reply