Individu Pertama Menerima Pemindahan Muka Di Amerika MeninggaI 12 Tahun Selepas Pembedahan

Penerima pertama pindahan separuh muka di Amerika Syarikat (AS), Connie Culp, yang menjalani pembedahan 12 tahun lalu, meninggal dunia pada usia 57 tahun di Klinik Cleveland, Ohio.arenagempak.com - Wanita Penerima Pertama Pindahan Muka AS Meninggal Dunia 12 Tahun Selepas Pembedahan

Ketua Dermatologi dan Pembedahan Plastik Klinik Cleveland, Frank Papay, yang tidak memperincikan punca kematian Culp bagaimanapun menyifatkan beliau sebagai ‘perintis terhebat’.

“Keputusan beliau menjalani prosedur yang kadang kala digambarkan sebagai sangat menggerunkan ialah hadiah paling bermakna untuk semua manusia,” katanya.

Culp mengalami keceder4an p4rah pada 2004 selepas suaminya menemb4k beliau, sebelum lelaki berkenaan mengacukan pistoI ke diri sendiri.

arenagempak.com - Wanita Penerima Pertama Pindahan Muka AS Meninggal Dunia 12 Tahun Selepas Pembedahan

Temb4kan pada jarak dekat itu menyebabkan hidung, pipi, bahagian atas mulut dan mata Culp h4ncur.

Suaminya yang tidak mengalami kecedeeraan parah seperti Culp kemudian dipenjarakan selama tujuh tahun susulan kejadian terbabit.

arenagempak.com - Wanita Penerima Pertama Pindahan Muka AS Meninggal Dunia 12 Tahun Selepas Pembedahan

Culp menjalani 30 pembedahan sebelum melakukan pindahan muka menerusi prosedur kompleks selama 22 jam pada 2008 di Klinik Cleveland.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menjadi jurucakap keg4nasan rumah tangga, selain tampil memberikan sokongan terhadap mana-mana individu yang menjalani pindahan muka, termasuk Charla Nash.

arenagempak.com - Wanita Penerima Pertama Pindahan Muka AS Meninggal Dunia 12 Tahun Selepas Pembedahan

Nash dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan menjalani prosedur pindahan selepas digigit cimpanzi yang menjadi haiwan peliharaan. – AFP

Facebook Comments Box

Leave a Reply