Ikan Aneh Menyerupai Separuh Buaya Dan Ikan Lumba-lumba Ditemui Terdampar Di Pantai

Para penduduk dikejutkan dengan penemuan seekor ikan pelik terdampar di pantai. Ikan yang ditemui di tebing Tasik Macquarie, Australia itu sangat pelik dan menyerupai badan buaya dan berkepala seperti ikan-lumba-lumba.Ikan Aneh Menyerupai Separuh Buaya Dan Ikan Lumba-lumba Ditemui Terdampar Di Pantai

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ethan Tipper, yang menemui dan merakam ikan pelik berkenaan telah memuatnaik di laman media sosial dan bertanyakan jika ada yang tahu spesies ikan berkenaan, namun tiada yang dapat meneka dan memberikan jawapan yang meyakinkan.

Ikan tersebut mempunyai badan panjang dengan ekor seperti buaya tanpa kaki manakala kepalanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba dan mulut yang dipenuhi gigi tajam.Ikan Aneh Menyerupai Separuh Buaya Dan Ikan Lumba-lumba Ditemui Terdampar Di Pantai

 

Kemungkinan spesies belut

Sementara itu, pengumpul ikan sebuah muzium di Australia, Mark McGraouter berkata, ikan tersebut kemungkinan adalah jenis belut ‘pike eel‘ yang berasal dari laut dalam di pantai timur Australia.

“Ini adalah pertama kali dia melihat spesis ikan seperti itu dan mengesyaki ia ditangkap oleh nelayan,” katanya.Ikan Aneh Menyerupai Separuh Buaya Dan Ikan Lumba-lumba Ditemui Terdampar Di Pantai

 

Spesis belut yang dikenali sebagai ‘pike eel‘ tersebut yang mengelupur apabila ditangkap sehingga merosakkan jaring nelayan boleh membesar sehingga 1.8 meter panjang. Selain itu ia boleh bersifat agak agresif dan meskipun sangat jarang menyerang manusia tetapi gigitannya boleh mencederakan kita.

Facebook Comments Box

Leave a Reply