Hidup Dengan Tayar Tersangkut Di Leher Selama 6 Tahun, Buaya Ini Akhirnya Bebas

Kalau anda pernah baca, kisah mengenai seekor buaya malang Palu, Sulawesi Tengah. yang hidup dengan tayar tersekat di lehernya sejak tahun 2016 sudah beberapa kali ditularkan.Hidup Dengan Tayar Tersangkut Di Leher Selama 6 Tahun, Buaya Ini Akhirnya Bebas

Akhirnya, selepas beberapa kali gagal sejak bertahun-tahun meskipun ditawarkan ganjaran dan menjemput pakar-pakar, akhirnya percubaan untuk menyelamatkan buaya ini dengan melepaskan tayar yang tersangkut di lehernya telah membuahkan hasil.

Buaya berkalung tayar ini akhirnya bebas daripada tayar yang ‘mengunci’ dirinya selama ini. Seorang lelaki yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah yang dikenali sebagai Tili telah menangkap buaya ini terlebih dahulu dengan mengumpannya. Tili menggunakan 35 ekor ayam sebagai umpan dalam tempoh tiga minggu sebelum dia berjaya menangkap buaya berkenaan.

Menurut Tili, sejumlah burung merpati juga digunakannya sebagai umpan menangkap buaya tersebut.

 

“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter.Hidup Dengan Tayar Tersangkut Di Leher Selama 6 Tahun, Buaya Ini Akhirnya Bebas

Buaya tersebut dilepaskan semula ke sungai sebaik sahaja tayar yang membelenggu lehernya dikeluarkan.

“Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan tayar itu berjaya dikeluarkan dari buaya berkenaan dan selepas itu kami bebaskannya semula ke dalam sungai,” katanya.

Sebelum ini, usaha untuk mengeluarkan tayar daripada leher buaya berkenaan telah menjadi buntu selepas kesemuanya menemui kegagalan. Ramai pihak termasuk pakar dari luar sudah berusaha untuk mengeluarkan tayar tersebut tetapi gagal. Antaranya termasuklah hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante.Hidup Dengan Tayar Tersangkut Di Leher Selama 6 Tahun, Buaya Ini Akhirnya Bebas

“Ramai orang pada mulanya ragu dengan keupayaan saya selain menyangka saya tidak serius untuk menangkap buaya itu,” ujar Tili.

“Saya hanya tidak boleh melihat haiwan dalam keadaan sakit. Walaupun ular, saya akan membantu,” tambahnya lagi.

Kredit: Utusan

Facebook Comments Box

Leave a Reply