Halang Laluan Ambulans, Netizen Bengang Dengar Alasan Pemandu Kereta

Seorang pemandu kereta dikecam netizen kerana menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Persekutuan, 10 Mac lalu.arenagempak.com - Kereta Halang Laluan Ambulans, Alasan Pemandu Buat Netizen Bengang

Video rakaman dashcam ambulans yang dikongsi pemandunya, Azman memaparkan kereta Naza Forte yang berada di hadapannya tidak menghiraukan bunyi siren dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

Sehubungan itu, Azman menasihati orang ramai agar lebih peka dan memberi ihsan kepada pasukan frontliner yang sedang bertugas dan lebih menyedihkan apabila masalah ini dikatakan sering kali terjadi kepada mereka.

Mintak netizen siasat sikit owner atau driver kereta ni. Jenis NAZA Forte rasanya no plate WYR****. Perangai macam anak babi jenis taknak bagi laluan dekat ambulans. Esok lusa kena dekat anak beranak ko nak mampos baru ko tau. — Abg Salleh (@abgsalleh87) March 11, 2021

VIDEO:

“Kami bukan suka-suka gunakan siren dan beacon (lampu mata arah). Kami ada pesakit didalamnya.

“Ini masalah yang kami, pemandu ambulans sentiasa hadapi,” katanya.

Selepas tersebarnya video tersebut, seorang individu dipercayai pemandu Naza Forte memohon maaf dengan kejadian yang berlaku.

arenagempak.com - Kereta Halang Laluan Ambulans, Alasan Pemandu Buat Netizen Bengang

Individu berkenaan menjelaskan yang dia tidak mendengar siren ambulans kerana bunyi radio terlalu kuat.

Dia meminta agar netizen tidak memanjangkan isu tersebut kerana sudah insaf dengan apa yang berlaku.

Facebook Comments Box

Leave a Reply