Gagal Kawal Pengunjung, Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000

TASEK GELUGOR: Penganjur bazar Aidilfitri di Kubang Menerong, di sini dikenakan kompaun RM20,000 selepas gagal mengawal kemasukan pengunjung hingga menyebabkan kesesakan dan tiada penjarakan fizikal.Gagal Kawal Pengunjung, Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata beberapa teguran dan nasihat diberikan sebelum ini dalam beberapa pemeriksaan yang lalu namun malangnya keadaan masih sama.

Menurutnya, bazar itu sepatutnya hanya boleh dikunjungi sekitar 400 orang dalam satu-satu masa tetapi pemeriksaan mendapati ia melebihi angka ditetapkan.

“Walaupun terdapat tiga jalan keluar dan masuk tetapi masih juga berlaku pertembungan antara pengunjung sehingga berlaku kesukaran mengawal penjarakan fizikal.

Gagal Kawal Pengunjung, Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000

“Oleh itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran supaya penganjur mengambil langkah sewajarnya, manakala polis pula mengeluarkan kompaun ke atas penganjur,” katanya ketika mengadakan operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP bazar Aidilfitri, di sini, malam tadi.

Jelasnya, walaupun penganjur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lain seperti menyediakan laluan keluar masuk dan pendaftaran MySejahtera, namun dari aspek penjarakan fizikal mereka gagal maka menyebabkan tindakan tegas diambil.

Gagal Kawal Pengunjung, Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000

“Tindakan ini diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 dan menimbulkan kebimbangan jika aspek penjarakan fizikal tidak diambil peduli,” katanya.

Sebelum itu, Noorzainy bersama kakitangan MBSP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut meninjau sebuah bazar Aidilfitri di Kepala Batas yang pemeriksaan mendapati penganjur sudah memperbaiki SOP selepas diberikan notis amaran minggu lalu.

VIDEO:

Daerah Seberang Perai Utara semalam mencatatkan pertambahan 21 kes baharu menjadi jumlah kumulatif sebanyak 1,775 kes termasuk empat kematian.

Kredit: BH Online

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply