Sakit perut luar biasa pada seorang gadis di sini menyebabkan kumpulan doktor yang memeriksanya terkejut besar apabila menemui sesuatu yang luar biasa dalam perut seorang gadis.Mulanya, si gadis yang bernama Neha Begum berusia 22 tahun dari Chandauli, Uttar Pradesh, India ini mengalami sakit perut dan muntah-muntah.
Namun, keadaannya masih juga tidak beransur baik dan berterusan selama lebih sebulan menahan sakit perut dan muntah-muntah sebelum akhirnya dibawa pergi berjumpa dengan doktor.
Hasil daripada pemeriksaan para doktor, merekan menemui sedikit kelainan pada usus gadis tersebut dan mensarankan untuk terus melakukan pembedahan.
Mereka sangat terkejut apabila menemui lebih daripada 150 cacing hidup yang tersembunyi di dalam perut gadis tersebut. Lagi yang mengejutkan mereka ialah cacing-cacing ini berukuran lebih kurang 25cm panjang!
Menurut doktor, biasanya tubuh manusia hanya mampu menyembunyikan 3,4 ekor cacing parasit dalam tubuh mereka dan kes Neha ini adalah sangat jarang sekali.
Selepas operasi, keadaan Neha bertambah baik dan sudah dapat tidur dengan nyenyak. Punca sakit perut luar biasa dan punca cacing dalam perut yang luar biasa banyak mungkin adalah disebabkan faktor kebersihan dan kemungkinan telur cacing masuk memalui mulut tanpa disedari, menurut kata Dr. Ananda.