Fenomena Menggerunkan Di UK, Penduduk Digemparkan Dengan Ratusan Burung Tiba-tiba Jatuh Jadi Langit Dan Mati

Baru-baru ini, satu fenomena aneh berlaku di Wales, United Kingdom yang menimbulkan seribu satu persoalan dikalangan penduduk. Hal ini kerana ratusan ekor burung tiba-tiba jatuh diatas jalan dan mati tanpa diketahui puncanya.Fenomena Menggerunkan Di United Kingdom, Penduduk Dikejutkan Dengan Ratusan Burung Tiba-tiba Jatuh Jadi Langit Dan Mati

Kejadian pelik dan menyeramkan itu berlaku di Pembrokeshire dan menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk yang menyaksikan ratusan bangkai-bangkai burung memenuhi jalan.

Seorang penduduk lelaki yang tinggal dikawasan berkenaan mengaku ada terdengar bunyi dentuman kuat sebelum 7, 8 ekor burung jatuh keatas keretanya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Michaela Pritchard memberitahu dirinya ada menyaksikan kira-kira 200 ekor burung jatuh dari langit ketika dia dalam perjalanan di antara Waterston dan Hazelbeach yang terletak di Pembrokeshire.Fenomena Menggerunkan Di United Kingdom, Penduduk Dikejutkan Dengan Ratusan Burung Tiba-tiba Jatuh Jadi Langit Dan Mati

Punca kejadian aneh yang bermisteri ini sempat dikaitkan dengan salah sebuah loji gas asli cecair (LNG) berhampiran. Namun pendapat itu segera dinafikan pihak syarikat yang kemudiannya memaklumkan loji beroperasi secara normal pada hari kejadian tersebut.

Kejadian tersebut juga mendapat perhatian pihak Majlis Daerah Pembrokeshire yang memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 9 malam, 10 Februari lalu ekoran kejadian burung jatuh di Jalan Hazelbeach, Waterston.

“Para petugas telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati 200 ekor burung perling ditemui mati di atas jalan raya.

“Pihak berwajib telah membersihkan dan mengalihkan bangkai burung berkenaan dari lokasi kejadian.

“Masih tiada penyebab pasti akan kematian burung-burung ini. Namun, pihak kami telah melaporkan insiden berkenaan kepada Animal and Plant Health Agency (APHA),” kata jurucakap Majlis Daerah Pembrokeshire.Fenomena Menggerunkan Di United Kingdom, Penduduk Dikejutkan Dengan Ratusan Burung Tiba-tiba Jatuh Jadi Langit Dan Mati

Meskipun punca sebenar insiden tersebut masih tidak diketahui, tetapi ada yang berpendapat bahawa burung-burung tersebut mungkin jatuh kerana terkena renjatan elektrik atau dikejar burung pemangsa.

Sebelum ini juga pernah berlaku ribuan burung jatuh di Indonesia secara tiba-tiba dari pokok tanpa diketahui puncanya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply