Duit RM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Dan Keasihnya Terus Membeli 4 Buah Rumah Dan Beberapa Kereta

Seorang wanita dan pasangan kekasihnya telah didakwa atas tuduhan mencuri kerana telah membelanjakan duit sebanyak AS$10.5 juta (kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh mereka disebabkan kesilapan transaksi mata wang krypto.Duit RM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Dan Keasihnya Terus Membeli 4 Buah Rumah Dan Beberapa Kereta

Ceritanya bermula pada sekitar bulan Mei lepas di Australia, dimana sebuah platform mata wang krypto didapati telah memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Thevamanogari Manivel.

Thevamanogari Manivel bagaimanapun menyedari sesuatu yang tidak kena apabila sejumlah duit sebanyak RM49.2 juta (AS$10.5 juta) yang dimasukkan disebabkan berlaku kesilapan sistem ketika transaksi dilakukan.Duit RM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Dan Keasihnya Terus Membeli 4 Buah Rumah Dan Beberapa Kereta

Syarikat berkenaan hanya menyedari kesilapan transaksi yang dilakukan ketika audit dilakukan pada bulan December.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com, Michi Chan Fores.Duit RM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Dan Keasihnya Terus Membeli 4 Buah Rumah Dan Beberapa Kereta

Thevamanogari Manivel kemudiannya bertindak untuk memindahkan duit berkenaan ke akaun pasangannya yang dikenali sebagai Jatinder Singh.

Jatinder Singh pula berangggapan bahawa duit yang dipindahkan masuk keakaunnya iaitu adalah hasil daripada kemenangan dalam satu pertandingan yang diadakan oleh syarikat berkenaan.

Walaubagaimanapun dakwaan Jatinder Singh itu dinafikan oleh Pegawai Pemantau Crypto.com, Michi Chan Fores yang mengatakan tiada sebarang pertandingan yang diadakan oleh syarikat tersebut.Duit RM49.2 Juta Tersilap Masuk Akaun, Wanita Dan Keasihnya Terus Membeli 4 Buah Rumah Dan Beberapa Kereta

Pasangan kekasih, Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh dikatakan telah menggunakan duit berkenaan untuk membayar hutang-hutang mereka malah sempat membeli empat buah rumah beserta dengan kelengkapan perabot dan juga beberapa buah kereta.

Difahamkan pasangan ini sudah memulangkan sebahagian daripada duit tersebut namun masih ada baki lebih kurang AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang masih belum dibayar.

Facebook Comments Box

Leave a Reply