Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

Slim River: Seorang doktor mengalami pengalaman pelik sepanjang karier selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang kanak-kanak, dekat sini.arenagempak.com - Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya berkata, pada 11 September lalu, beliau didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak yang berusia lapan tahun untuk menerima rawatan.

Katanya, kejadian yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit bermula pada malam pertama ketika keluarga kanak-kanak itu berpindah ke rumah baharu.

arenagempak.com - Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

arenagempak.com - Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

“Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Dr Hanafi berkata, beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter.

arenagempak.com - Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

“Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya.

arenagempak.com - Doktor Keluarkan Sehelai Rambut Dalam Tapak Kaki Kanak-kanak

Beliau berkata, sampai sekarang beliau masih tertanya-tanya mengenai kejadian terbabit dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan. – Harian Metro

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply