Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Seorang lelaki mendakwa terpaksa menjalani pembedahan plastik pada wajahnya selepas dia dijadikan bahan jenaka ketika meminta kerja.arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Do Quyen yang berusia 26 tahun membuat pengakuan itu menerusi TikTok kini menjadi popular dengan penampilan terbaharunya.

Bagi mendapatkan wajah yang diidamkan, dia perlu menjalani sembilan prosedur pembedahan, lapor portal Odditycentral.com.

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Penampilan terbaharunya itu ternyata mengejutkan kenalan dan ahli keluarga kerana perubahan wajah yang ketara.

Pembedahan itu dibuat khususnya pada muka, mata dan hidung.

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Lelaki itu membuat keputusan menukar wajahnya selepas dia ditertawakan penemu duga kerana wajah yang tidak kacak.

Dia kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon memberitahu pengikut TikTok bahawa dia membelanjakan sebanyak AS$17,400 (kira-kira RM70,500).

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Ia untuk mentransformasikan wajahnya supaya menjadi kacak.

Quyen sebelum ini sudah lama berdepan dengan sikap sinikal masyarakat yang sering menjadikan wajahnya sebagai bahan lawak.

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Namun, kini segala-galanya berubah apabila dia memiliki wajah yang jauh berbeza dengan penampilan sebelumnya.

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

“Saya sukar mendapatkan pekerjaan dan sering diejek setiap kali memohon kerja.

“Kos pembedahan ini ditanggung sepenuhnya daripada wang simpanan kerana saya bukan daripada keluarga berkemampuan,” katanya.

arenagempak.com - Dijadikan Bahan Lawak Ketika Minta Kerja, Perubahan Lelaki Ini Buat Netizen Melopong

Dalam pada itu, perubahan wajah lelaki ini menjadi bahan berita media tempatan di negaranya.

Ia selepas ramai yang seakan-akan tidak percaya terhadap perubahan mendadak penampilannya pada masa kini.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply