Dihalau Anak Dan Menantu, Ibu Membawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Lebih Sebulan

Dihalau Anak Dan Menantu, Ibu Membawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Lebih Sebulan iaitu selama 40 hari. Ada perkara yang mereka kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.”Dihalau Anak Dan Menantu, Ibu Membawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Lebih Sebulan

Demikian luahan seorang wanita yang tinggal di dalam Perodua Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.

Wanita berusia 51 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mengambil keputusan tinggal di dalam kereta selepas berkecil hati dengan anak serta menantunya sejak 40 hari lalu.

“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

 

Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dihalau Anak Dan Menantu, Ibu Membawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Lebih Sebulan

Katanya, dia berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.

 

“Penduduk ada tawarkan untuk tinggal bersama mereka tetapi saya enggan sebab tidak mahu susahkan mereka. Jadi mereka menghubungi LZS untuk bantu saya.

 

“Saya juga berterima kasih kepada LZS yang sewakan rumah untuk saya. InsyaAllah, ketika ini saya sedang mencari kerja dan mahu membuka gerai masakan jika diberi peluang,” katanya.Dihalau Anak Dan Menantu, Ibu Membawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Lebih Sebulan

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Klang, Mohd Shahril Ritin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi parkir di pangsapuri itu selepas mendapat maklumat tersebut.

Kenapalah masih ada orang yang sanggup memperlakukan ibu mereka seperti ini. Jangan nanti bila ibu dan tiada, masa tu baru nak menyesal pun dah tak berguna. Buat kita semua, jagalah ibu kita baik-baik dan jangan anggap mereka sebagai beban. Kalau mereka boleh jaga kita dari kecil lagi, kenapa kita tak boleh jaga mereka selepas kita meningkat dewasa sepertimana mereka besarkan kita kan.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply