Didatangi Uncle Tawarkan Servis Cuci Kereta, Upah RM10 Kemudian Berubah Jadi Seikhlas Hati Selepas Perbuatan Gadis Ini

Tetamu yang tidak diundang, namun kehadirannya amat dialu-alukan! Tugasnya mungkin hanya mencuci kereta, tetapi layanan tuan rumah terhadap seorang lelaki begitu baik siap dimasak bihun goreng berlaukkan ayam goreng.Didatangi Uncle Tawarkan Servis Cuci Kereta, Upah RM10 Kemudian Berubah Jadi Seikhlas Hati Selepas Perbuatan Gadis Ini

Rakaman menyentuh perasaan itu dikongsikan di aplikasi TikTok oleh seorang gadis sehingga dihujani pujian netizen.

Gadis berkenaan, Nur Syahira Erwanto, 22, berkata, rumahnya didatangi seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 50-an yang menawarkan khidmat mencuci kereta, pagi Jumaat lalu.

“Uncle tu kata dia ada buat servis cuci kereta. Katanya tak ada duit, belum makan dan dia nak cari duit untuk makan… cuci kereta cuma caj RM10.

“Tapi masa tu saya dan ibu ada urusan, dan minta uncle tu datang semula tengah hari kalau dia okay. Dan dia memang datang semula tengah hari tu,” katanya

Didatangi Uncle Tawarkan Servis Cuci Kereta, Upah RM10 Kemudian Berubah Jadi Seikhlas Hati Selepas Perbuatan Gadis Ini

Syira mengambil inisiatif memasak bihun goreng untuk pencuci kereta tersebut.

Lebih mesra disapa Syira, katanya, lelaki tersebut bukanlah asing baginya kerana pernah melihatnya bekerja di sebuah kedai mencuci kereta berdekatan kediaman keluarganya.

Namun dia percaya kedatangan pekerja itu disebabkan kesan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ ketika ini yang memaksa penutupan kedai mencuci kereta.

“Pernah nampak uncle tu di kedai cuci kereta, tapi pertama kali uncle tu datang berjalan kaki dari rumah ke rumah. Dia bawa sebungkus plastik berisi sabun dan berus serta kain.

“Sebenarnya kereta tu tak kotor pun, baru je cuci sebelum lockdown hari tu. Tapi rasa kasihan kat uncle tu yang tak kenal penat cari rezeki,” ujarnya yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur.

Didatangi Uncle Tawarkan Servis Cuci Kereta, Upah RM10 Kemudian Berubah Jadi Seikhlas Hati Selepas Perbuatan Gadis Ini

Sebiji kek turut diberikan kepada pencuci kereta tersebut.

Melihat pencuci kereta itu melakukan tugasnya di waktu panas menimbulkan rasa belas ihsan dan perikemanusiaan dalam diri anak keempat daripada enam beradik itu.

“Sudahlah berjalan kaki, cuaca pula panas terik. Memang uncle tu kelihatan berpeluh tapi tetap bertenaga untuk mencuci kereta di luar rumah

“Saya tanya uncle tu dah makan ke, katanya belum. Jadi, saya tergerak hati untuk masakkan uncle tu bihun goreng. Memang saya masak untuk dia.

“Bila tengok kerajinan uncle tu, mengingatkan saya pada arwah ayah yang meninggal dunia ketika usia 50-an akibat kanser perut, lapan tahun lepas,” katanya.

Selain membekalkan bihun goreng, kata Syira, dia turut memberikan sebotol air mineral dan sebiji kek untuk lelaki berkenaan membawa pulang setelah selesai mencuci kereta.

“Memang mulanya uncle tu tetapkan caj RM10, tapi masa nak balik dia kata bayarlah seikhlas hati. Tapi saya bagi uncle tu lebih kira sedekah. Berulang kali dia ucap terima kasih kerana bekalkan minuman dan makanan untuk dia,” katanya yang mengusahakan bisnes kek secara dalam talian.

Didatangi Uncle Tawarkan Servis Cuci Kereta, Upah RM10 Kemudian Berubah Jadi Seikhlas Hati Selepas Perbuatan Gadis Ini

Pencuci kereta itu tidak pulang dengan tangan kosong.

Sehubungan itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata, perkongsiannya itu bagi menggalakkan lebih ramai membantu mereka yang terjejas akibat pandemik C0VID-19.

“Mungkin ada antara kita berasa diri kita susah, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih susah daripada kita. Sampai nak makan pun tercari-cari duit cukup ke tak.

“Tak kisahlah kita sedekah sikit pun asalkan ikhlas. Walaupun kita beri RM1 pun, tapi ia sudah cukup bermakna bagi mereka yang susah,” katanya.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply