Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

Sebut sahaja perkataan ‘poligami’ pasti ramai isteri seperti ‘cacing kepanasan’ dan ada yang mula tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat sanggup hidup bersendirian daripada hidup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.arenagempak.com - Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

Bagaimanapun, bukan semua wanita beranggapan sebegitu malah segelintir mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini.

Biar bermadu janji bahagia

Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita tersebut tidak segan berkongsi video mendedahkan kehidupannya sebagai seorang isteri kedua menerusi aplikasi TikTok miliknya.

arenagempak.com - Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

‘Dating’ bersama madu

Dalam satu video yang dikongsi, dia dilihat cukup bahagia apabila dapat meluangkan masa berdua bersama madunya, iaitu isteri pertama. Malah, kedua-duanya kelihatan begitu rapat sehingga disangkakan seperti adik-beradik sewaktu bergambar bersama.

Hati baik dan bersih, kongsi suami pun okay

arenagempak.com - Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji wanita terbabit serta madunya atas keikhlasan berkongsi kasih suami. Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah untuk hidup berkongsi suami ini.

arenagempak.com - Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

 

Selain itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan netizen beranggapan bahawa ternyata suaminya memang berkemampuan untuk berpoligami.

arenagempak.com - Dating Berdua Dengan ‘Madu’, Ramai Puji Keikhlasan Wanita Ini Kongsi Suami

Baguslah begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Amin!

Sumber: TikTok @siigitom via OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply