Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi

Seorang gadis yang sedang berkelah bersama rakan-rakannya menajdi panik apabila tiba-tiba sahaja beg tangannya dibawa lari’ oleh seekor monyet yang kemudiannya memanjat ke sebatang pokok yang sangat tinggi.Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi

Menerusi video yang berjaya dirakam dan dikongsi di aplikasi TikTok, beberapa keping wang kertas milik gadis itu dilihat jatuh bertaburan dari atas pokok.

Gadis berkenaan, Anis Farhana Nor Azmi berkata, kejadian berlaku ketika dia berkunjung ke Pantai Teluk Batik di Lumut, Perak pada minggu lalu.

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, dia bersama enam rakan dari Taiping tiba seawal pukul 7 pagi untuk menghabiskan masa bersama dengan piknik di tepi pantai.

“Masa tu kami belum makan lagi. Sampai saja di tepi pantai, kami letak barang masing-masing dan pergi mengambil gambar di kawasan berdekatan.Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi

“Saya letak beg tangan atas bangku, boleh nampak dari tempat kami bergambar. Ketika itulah sekumpulan monyet datang serbu ke tempat barang-barang kami,” katanya

Lebih mesra disapa Anis, katanya, walaupun banyak makanan yang diletakkan, tetapi barang-barang mereka yang lain menjadi tumpuan haiwan tersebut termasuk beg tangannya.

“Macam-macam makanan kami bawa untuk piknik, Ada donat, roti, sandwich, keropok. Bila kami datang dekat cuba selamatkan barang-barang, monyet-monyet macam nak serang kami.Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi

“Monyet-monyet lain tak kacau, tapi ada seekor monyet yang duduk atas beg tangan saya sebelum bawa lari naik panjat atas pokok,” ujarnya yang berasal dari Taiping.

Anis akui panik beg tangannya dirampas oleh seekor monyet.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mengaku panik dan terus mengejar monyet berkenaan namun gagal mendapatkan semula beg tangannya.

“Dalam beg tangan tu ada kunci kereta, dompet, kad-kad bank, kad pengenalan dan lesen memandu. Memang panik sebab ada dokumen diri yang penting.

“Selalunya monyet minta makanan, tak pernah pula ambil barang-barang lain seperti beg tangan kalau ada makanan depan mata,” tambahnya.

Sejurus selepas itu, Anis berkata, monyet tersebut mencampakkan beberapa wang kertas dari dompetnya ke bawah sambil menambah sebahagiannya tersangkut di celah pokok.

Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi

“Saya ada bawa cash kira-kira RM50, kira-kira RM26 jatuh ke bawah dan lain tersangkut kat pokok. Kami cuba baling ranting kayu dan goyangkan pokok untuk takutkan monyet.

“Setengah jam kemudian, monyet tu campak beg tangan. Selepas hampir sejam, baru dicampakkan dompet saya ke bawah.

“Alhamdulillah kad bank, kad pengenalan dan lesen memandu masih ada. Mungkin tempat simpan kad agak ketat, menyukarkan ia dikeluarkan monyet,” tambahnya.

Dari ‘Picnik’ Ke Panik, Monyet Larikan Beg Tangan Gadis Ketika Berkelah, Siap Buang Duit Dari Pokok Tinggi
Dompet Anis

Anis dan rakan-rakan meneruskan piknik selepas kejadian berlaku.

Walaupun mood piknik agak terbantut pada mulanya, namun pelajar Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak itu lega kerana barang-barang pentingnya dikembalikan semula dan dia meneruskan piknik bersama rakan-rakan.

“Kami ambil keputusan untuk pindah lokasi dekat sikit dengan kawasan pantai, dan memastikan antara kami sentiasa menjaga barang-barang yang dibawa.

“Paling geram part duit, suka hati monyet campak macam tu je dari atas pokok. Mujur saya tak bawa banyak cash kerana selalu guna kad debit.

VIDEO:

“Apa pun, saya tak serik untuk piknik selepas ini hanya kerana seekor monyet. Cuma saya dan rakan-rakan kena lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Kredit: MSTAR

Facebook Comments Box

Leave a Reply