Dapat Maklumat 14 Individu Kehabisan Bekalan Makanan, Polis Sepang Segera Bergegas Menghantar Bantuan Makanan

Polis dan masyarakat berpisah tiada. Baru-baru ini polis menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu adiknya yang bekerja di sebuah kilang telah kehabisan makanan.Dapat Maklumat 14 Individu Kehabisan Bekalan Makanan, Polis Sepang Segera Bergegas Menghantar Bantuan Makanan

Bersama dengan adiknya terdapat 13 lagi individu yang tinggal bersama dan kesemua mereka bekerja di kilang yang sama. Mereka dilaporkan dikuarantin dalam rumah sama dan telah kehabisan bekalan makanan.

Susulan daripada maklumat tersebut, pihak polis dengan segera menyampaikan bantuan makanan kepada mereka yang seramai 14 orang yang di Taman Bunga Raya, Sepang.

Perkongsian daripada Polis IPD Sepang

IPD Sepang, 03 Julai 2021.

Bantuan Kebajikan Makanan Kepada Seramai (14) Orang Yang Kehabisan Bekalan Makanan Oleh IPD Sepang.

Dapat Maklumat 14 Individu Kehabisan Bekalan Makanan, Polis Sepang Segera Bergegas Menghantar Bantuan Makanan

Pada 03/07/2021 jam lebih kurang 2010 Hrs, Full Manning IPD Sepang (FM) telah terima panggilan telefon daripada (1) perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan. Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai (13) orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

Dapat Maklumat 14 Individu Kehabisan Bekalan Makanan, Polis Sepang Segera Bergegas Menghantar Bantuan Makanan

Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan.

Sumber: Polis IPD Sepang

Facebook Comments Box

Leave a Reply