Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang lelaki juga jurusolek di Indonesia sedang menyiapkan solekan pada seorang wanita. Lleaki itu dilihat sangat tenang melakuan kerjanya meskipun mengetahui pengantin perempuan itu adalah bekas tunangnya.
Menerusi satu rakaman video, lelaki itu dilihat sangat tenang dan masih mampu tersenyum ketika menyiapkan solekan keatas bekas tunangnya itu.
“Kedua-dua ini pernah bercinta tetapi jodoh mereka tidak panjang lalu putus di tengah jalan.
“Si lelaki sangat tabah apabila mampu menyiapkan solekan bekas tunang yang mahu berkahwin dengan orang lain demi sebuah pekerjaan,” tulis pada keterangan video.Ketabahan lelaki itu nyata menerima pujian netizen yang menganggap beliau seorang yang profesional dan tidak mencampurkan soal peribadi dengan kerjaya serta boleh menerima takdir dengan hati terbuka.
“Apa rahsia anda begitu tenang? Saya sendiri sudah empat tahun berpisah masih tidak mampu berhadapan dengan bekas kekasih,” komen seorang netizen.
“Luaran nampak tenang tapi dalam hati, cuma dia yang tahu..” ujar seorang lagi pengkomen.