Tular rakaman perkahwinan seorang netizen yang memaparkan seorang budak yang tiba-tiba ghaib dalam video hingga menimbulkan tanya tanya. Meskipun ada yang mengatakan video itu kemungkinan diedit namun sebenarnya bukan. Jadi mana pergi budak itu?
Perkongsian dari pengguna TikTok yang menggunakan nama sebagai Cik Pelangi Senja yang pada awalnya berkongsi kisah perkahwinan pada usia muda dan suaminya yang masih muda tetapi sesuatu lain pulak berlaku.
Sehingga beberapa perkongsiannya di aplikasi popular itu mengundang pelbagai reaksi warga yang mengakui merasa pelik.
Dalam rakaman terbabit terdapat momen dalam video di mana dia sedang menuruni tangga pelamin di majlis bahagianya itu dan datang pula seorang budak lelaki yang hadir disebelahnya.
Namun, budak lelaki yang berkenaan tiba-tiba ghaib dari pandangan, mencetuskan pelbagai spekulasi warganet di ruangan video wanita yang tersebut.
VIDEO:
@cikpelangisenja Reply to @fahaayani Mana budak tu pegi gais ? ?? takleh brain doo ?? #fyp #fypgakni #fypdongggggggg #makeup #makeupartist
Antara komen-komen netizen:
“Setelah saya tengok video ni 100 kali saya masih tak tau kemana budak tu”
“Mungkin video ni stop dulu, dorang amik budak tu kat pelamin dan play balik video… ape susah nak pikir”
“Dia pegi masa depan sekejap”
Walau bagaimanapun, ada yang menerangkan situasi yang dialami wanita terbabit dan pengguna atas nama Cik Pelangi Senja itu juga menerangkan video itu tidak diedit dan berikut pula penjelasannya.
“Camni cita dia…”
Katanyasebab pengantin tu berjalan makin ke depan kamera maka jadi makin besar dan budak itu ‘hilang’, hihi
Sumber: Tik Tok