Budak ‘Bergurau Kasar’ Dengan Cikgu Apabila Menjawab Pertanyaan Cikgu [VIDEO]

Bahasa Jawa adalah merupakan bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian seperti Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bukan itu sahaja, bahasa ini juga terbahagi kepada dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Meskipun ia merupakan bahasa yang berasal dari Indonesia, namun masih terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang turut fasih terhadap bahasa ini.Budak ‘Bergurau Kasar’ Dengan Cikgu Apabila Menjawab Pertanyaan Cikgu [VIDEO]

Pada beberapa waktu yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai @gelak_sakan.my dimana terdapat seorang guru wanita yang kelihatan sedang bersama anak muridnya di sebuah taska. Menerusi posting berkenaan, guru itu telah bertanyakan satu soalan kepada pelajar terbabit.

”Boleh cakap Jawa tak?” tanya guru berkenaan. Namun begitu, lain pula yang jadi apabila kanak-kanak perempuan itu telah memberikan jawapan yang berbeza daripada yang diharapkan. “Jawa”, kata pelajar terbabit.Budak ‘Bergurau Kasar’ Dengan Cikgu Apabila Menjawab Pertanyaan Cikgu [VIDEO]

Meskipun singkat, namun ternyata jawapan budak berkenaan telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang melihat video berkenaan.

Rata-rata warga netizen turut meninggalkan komen yang menyokong tindakan kanak-kanak terbabit. “Betul lah tu budak tu cakap”, kata salah seorang warga netizen yang memberikan komen dengan nada jenaka.

VIDEO:

Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 179 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram tersebut.

Antara komen-komen netizen:

Budak ‘Bergurau Kasar’ Dengan Cikgu Apabila Menjawab Pertanyaan Cikgu [VIDEO]

Kredit: HCL

Facebook Comments Box

Leave a Reply