Budak 10 Tahun Pergi Ke Kedai Elektronik Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Untuk Membuat Kerja Sekolah

Seorang pelajar berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Guilherme Santiago berasal dari keluarga yang misikin di Recife, Brazil. Namun disekolah para pelajar pula memerlukan akses internet dan komputer, laptop ataupun tablet untuk membuat kerja sekolah. Namun disebabkan keluarganya yang miskin, Guilherme tidak mempunyai kelengkapan sedemikian di rumahnya.Budak 10 Tahun Pergi Ke Kedai Elektronik Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Untuk Membuat Kerja Sekolah

Guilherme yang merupakan salah seorang pelajar yang bijak pandai di sekolahnya bagaimanapun tidak putus asa dan berusaha untuk mendapatkan akses internet. Ternyata budak berusia 10 tahun ini sememangnya cerdas dan mempunyai idea yang bijak.

Setiap hari, Guilherme akan pergi ke sebuah kedai eletronik yang berhampiran dan menggunakan tablet yang dipamerkan di situ untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kehadiran dan gelagat Guilherme memang disedari oleh para pekerja di kedai berkenaan.Budak 10 Tahun Pergi Ke Kedai Elektronik Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Untuk Membuat Kerja SekolahSatu hari, ketika da sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya, seorang pengunjung kedai telah merakam video dia yang gigih menggunakan tablet Samsung di kedai berkenaan.

Video itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial sebelum dikongsi di Twitter dan sehingga kini telah mencecah lebih 12 juta tontonan.

“Kid has no internet access, goes to shopping mall to use tablet to do school homework. Praise the guys at the store that let him use it whenever he needs”Budak 10 Tahun Pergi Ke Kedai Elektronik Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Untuk Membuat Kerja Sekolah

Salah seorang pekerja kedai memberitahu pada mulanya Guilherme menggunakan handphone untuk membuat tugasan sekolahnya, namun kemudian mereka mempelawa Guilherme untuk menggunakan komputer tablet yang dipamerkan demi keselesaannya.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan memuji tindakan pekerja kedai elektronik itu yang begitu perihatin dan baik hati kerana sudi menolong budak kecil ini.

Namun begitu, tak kurang juga yang mengkritik pihak sekolah kerana gagal menyediakan komputer secukupnya untuk kegunaan pelajar melakukan tugasan.Budak 10 Tahun Pergi Ke Kedai Elektronik Setiap Hari Untuk ‘Pinjam’ Display Tablet Untuk Membuat Kerja Sekolah

Difahamkan Guilherme bersekolah di Sekolah Bandaraya Abilio Gomes yang mempunyai pelajar seramai 278 orang, namun sekolah itu hanya mempunyai 12 komputer jenis tablet untuk kegunaan para pelajar.

Kisah Guilherme yang menggunakan tablet Samsung ini menjadi tular sehingga mendapat perhatian pihak Samsung yang kemudian bermurah hati mendermakan dua buah tablet kepada Santiago dan segala urusan pembayaran dan insurans juga ditanggung mereka.

Facebook Comments Box

Leave a Reply