‘Bila Masa Saya Anak Dia?” – Cik B ‘Geli’ Dengar Janji Bakal ‘Bapa’

“Rasa ‘cringe’ (geli),”. Demikian kata pelakon dan penyanyi, Cik B ringkas dalam video sebagai reaksi kepada luahan bakal suami Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.'Bila Masa Saya Anak Dia?" - Cik B 'Geli' Dengar Janji Bakal 'Bapa'

“Bila masa saya anak dia? Macam itulah. Saya rasa macam ‘Eeee’,” kata Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin sambil menghempas meja.

Video pendek itu dimuat naik oleh Vida di Instagram Story yang memaparkan bagaimana anak sulungnya itu masih lagi protes dengan perancangannya untuk berumah tangga.

Terdahulu, Vida memuat naik video romantisnya bersama Iqbal dan di dalam video itu, Iqbal meluahkan janjinya untuk menjaga kedua-dua anak Vida.'Bila Masa Saya Anak Dia?" - Cik B 'Geli' Dengar Janji Bakal 'Bapa'

“Saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak,” katanya kepada Vida.

Terdahulu, heboh di media sosial dan portal berita mengenai perancangan perkahwinan Vida dan Iqbal yang mencuri perhatian ramai.'Bila Masa Saya Anak Dia?" - Cik B 'Geli' Dengar Janji Bakal 'Bapa'

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Cik B beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perancangan dibuat ibunya itu.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *