Biawak Sepanjang 3 Meter Mahu Menceroboh Masuk Ke Dalam Bank

Orang ramai yang mahu berurusan di sebuah bank di Sungai Buloh, Jeram dikejutkan dengan kehadiran seekor makhluk yang membuatkan premis menjadi huru-hara. Makhluk yang dimaksudkan ialah seekor biawak yang bersaiz besar iaitu sepanjang lebih kurang 3 meter.Biawak Sepanjang 3 Meter Mahu Menceroboh Masuk Ke Dalam Bank - arenagempak.com

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.50 petang , kehadiran biawak itu hanya disedari oleh orang ramai apabila ia berada di pintu masuk ke premis bank berkenaan.

Panggilan kecemasan segera dibuat kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor memaklumkan kehadiran reptilia berkenaan di bank bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman,satu pasukan yang terdiri daripada lima pegawai dan anggota segera dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja mendapat makluman.

Ketika sampai di lokasi, biawak berkenaan yang dianggarkan seberat 20kg dan sepanjang 3 meter dilihatr masih berada di hadapan pintu masuk bank. Malah, reptilia terbabit dilihat cuba memasuki bank dengan menolak pintu cermin.Biawak Sepanjang 3 Meter Mahu Menceroboh Masuk Ke Dalam Bank - arenagempak.com

Biawak tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dengan menggunakan sejenis alat penjerut bagi mengelakkan reptilia itu bertindak agresif.

“Kami percaya biawak itu tersesat dari kawasan berdekatan dan mahu memasuki bank kerana faktor sejuk atau kelaparan,” ujar Tuan Suzaini Sulaiman.

Tambahnya lagi, operasi menangkap biawak itu mengambil masa selama lebih kurang 5 minit dan biawak tersebut kemudiannya dilepaskan semula ke kawasan parit yang berdekatan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply