Bayi dan Kanak-kanak memang sukakan mainan, bagi lah apa-apa jenis mainan pun mesti mereka akan teruja untuk bermain dengannya. Namun adakalanya jika memberikan mainan untuk mereka, kena juga ingat bahawa tidak semua mainan itu selamat untuk mereka terutama yang masih bayi.
Malang tak berbau. Kepala seorang bayi lelaki tertusuk besi tayar kereta mainan sedalam dua inci di bahagian belakang kepalanya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada petang semalam dan mangsa kini ditahan di hospital bagi mengeluarkan besi berkenaan.
“Ya Allah, separuh nyawaku hampir hilang tengok kejadian petang tadi. Korang semua tolong berhati-hati jika ada mainan anak, kereta-kereta ke, buanglah. Jadikan ini pengajaran buat kita.
“Hari ni, petang tadi anak buah saya tercucuk dengan tayar kereta ni. Entah macam mana dia main-main (sampai) terbuka benda tu. Pastu dia tergolek jatuh atas tayar kereta ni. Malam ni kena tahan wad, doktor dah buat CT Scan dan pantau anak buah saya.
“Harap esok dapatlah buang benda ni. Doakan anak buah saya cepat sembuh yee, amin,” katanya.
Post tersebut mendapat banyak perhatian netizen khususnya golongan ibu bapa yang juga melahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa mangsa.
Sudah Dicabut:
Semoga cepat sembuh.
Tidak kurang juga netizen meminta pasangan masing-masing berhati-hati dan membuang segala mainan yang boleh mendatangkan bahaya terhadap anak mereka.
Sumber: Sak Duk Goba, The Vibes