Demi mahu mendapatkan wajah seperti ‘barbie’, seorang pemuda sangguh berhabis puluhan ribu ringgit untuk mengubah penampilannya. Walaubagaimanapun, dia kemudian merasa sedih kerana tiada wanita yang tertarik dengannya
Lelaki yang dikenali sebagai Honza Šimša sudah menghabiskan lebih 15,000 pound (RM81,488) untuk “kelihatan seperti Barbie”. Dia memakai pakaian lelaki ketika bekerja dan tertarik kepada wanita, tetapi lebih suka tampil feminin dengan bulu mata palsu, kasut tumit tinggi dan rambut palsu.
Namun pemuda berusia 26 tahun itu mengatakan bahawa “ketagihan pembedahan” boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan cintanya.
Bagaimanapun, peminat “plastik seperti boneka” itu kini mempunyai 90ml cecair pada wajahnya yang disuntik ke bibir, pipi dan dagu setiap bulan kerana obses mahu tampil seperti Barbie.
Tiada wanita sudi untuk menjalinkan hubungan
Pakar teknologi itu berkata, meskipun dia gemar tampil feminin tetapi dari segi dalaman masih seorang lelaki dan lebih terangsang menjalin hubungan dengan wanita.
“Saya mungkin berpakaian dan kelihatan seperti ini, tetapi saya masih seorang lelaki…”
“Saya tertarik dengan wanita, tetapi segelintir mempunyai masalah dengan penampilan saya kerana boleh mengelirukan mereka. Saya masih bujang sekarang…”
“Saya suka gadis-gadis yang saya temui mempunyai penampilan yang sama, penampilan boneka Barbie plastik.
“Saya masih menyukai diri saya ketika saya kelihatan lebih maskulin, tetapi saya lebih gembira sekarang dan masih mahu melakukan lebih banyak pembedahan…”
Memuja bintang media sosial seperti model glamor Candy Charms yang kerap berkongsi gambar dada di Instagram, selama bertahun-tahun sebelum mengubah penampilannya, Honza tertarik dengan penampilan boneka Barbie.
“Pada masa itu, saya kelihatan dan berpakaian seperti lelaki, tetapi saya selalu membayangkan apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan wajah yang lebih feminin…”
Honza yang telah berkongsi kisah transformasinya di Instagram sekarang mempunyai ramai pengikut yang menyukai gambar dan video dimuat naik.
Dia turut melancarkan jenama sendiri ‘Oye Your Space’ yang mengkhususkan produk bulu mata palsu dan pakaian gaya Barbie.