Berang Kereta Dibaiki Tapi Masih Rosak

Mekanik meIecur hampir di seluruh badan selepas terbakar akibat perbuatan seorang lelaki yang berang kerana kereta dibaikinya masih rosak dalam kejadian di luar rumah di Kampung Tersusun Balun Bidai, di sini, Rabu lalu.arenagempak.com - Berang Kereta Dibaiki Tapi Masih Rosak

Dalam kejadian pada 8 malam itu, lelaki berusia 37 tahun yang meIecur tahap tiga itu dihantar ke Hospital Changkat Melintang, Bota oleh seorang lelaki dengan menaiki kereta.

Mangsa meIecur dengan kesan terbakar 46 peratus pada kepala hingga pinggang dan kaki kanan.

Susulan itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun termasuk dua beradik yang dipercayai terbabit kejadian itu di empat lokasi berasingan di sekitar Kampung Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas suspek berusia 50 tahun berkenaan berang apabila kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak.

Menurutnya, berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa sebelum lelaki itu meminta rakannya berusia 39 tahun membeli minyak petrol di kedai runcit berhampiran.

“Suspek menyimbah bahan bakar itu atas kepaIa mangsa sebelum dia menyalakan api dengan menggunakan penyembur aerosol dan pemetik api yang kemudian menyambar mangsa di halaman rumah dan menyebabkannya terbakar.

“Dua beradik berkenaan cuba memadamkan api dengan menggunakan air paip di luar rumah,” katanya di sini, hari ini.

arenagempak.com - Berang Kereta Dibaiki Tapi Masih Rosak

Beliau berkata, adik suspek berusia 42 tahun kemudian menghubungi seorang lagi rakan mereka untuk membawa mangsa ke hospital dengan upah RM100.

Katanya, sebelum dihantar ke hospital oleh lelaki berusia 30 tahun itu, seorang daripada suspek menukar pakaian mangsa yang terbakar itu.

“Mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan terbakar pada tubuh mangsa yang ketika itu masih sedar dan mampu bercakap.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki berkenaan di lokasi berasingan di Kampung Gajah,” katanya.

Barudin berkata, pemeriksaan perubatan turut dilakukan ke atas semua suspek dan seorang daripada mereka didapati mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati semua mereka positif methamphetamine dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya, mangsa dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut pada 2.50 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply