Berang Kena Saman, Pemandu Jengkaut Melanggar Kereta JPJ Dan Menterbalikkannya

Tular satu video gempar yang memaparkan seorang pemandu jengkaut bertindak melanggar kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik.

Berang Kena Saman, Pemandu Jengkaut Melanggar Kereta JPJ Dan Menterbalikkannya

Pemandu lelaki itu bertindak di luar kawalan selepas disaman oleh anggota JPJ di cawangan Keningau, Sabah.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kepayan, Kampung Magatang itu, lelaki yang merupakan pemandu jengkaut itu tidak berpuas hati dan marah apabila disaman gara-gara dipercayai tidak memiliki lesen F.Berang Kena Saman, Pemandu Jengkaut Melanggar Kereta JPJ Dan Menterbalikkannya

 

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, laporan polis telah diterima berkaitan dengan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati ketika menjalankan operasi harian, salah seorang anggota JPJ cawangan Keningau menahan dan membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berat jenis backhoe yang mencurigakan.

Berang Kena Saman, Pemandu Jengkaut Melanggar Kereta JPJ Dan Menterbalikkannya

 

“Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Ketika saman hendak dikeluarkan, pemandu terbabit tidak berpuas hati dan marah dengan bertindak melanggar kenderaan JPJ yang dinaiki oleh petugas hingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan berkenaan,” ujarnya.

Lelaki tempatan yang berusia 60 tahun itu kemudiannya ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. Jengkaut yang digunakannya untuk menterbalikkan kereta milik JPJ juga turut dirampas.

VIDEO:

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan antaranya kerana menghalang tugas penjawat awam serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku susulan daripada insiden terbabit.

Facebook Comments Box

Leave a Reply