Berang Isteri Pulang PJJ Terus Minta Cerai, Suami Merobohkan Rumah Dibina Mereka Bersama

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki mengamuk apabila menerima perkhabaran buruk daripada isterinya yang baru pulang selepas 10 tahun PJJ di Hong Kong.Berang Isteri Pulang PJJ Terus Minta Cerai, Suami Merobohkan Rumah Dibina Mereka  Bersama

Lebih menghairankan hati suaminya itu apabila si isteri yang dikenali sebagai Anjar Trisnawati tiba-tiba mengupah peguam untuk menuntut perpisahan walaupun rumah tangga mereka baik sahaja.

Ada udang di sebalik batu

Namun siapa sangka, rupanya rahsia wanita berkenaan terbongkar apabila dia didapati curang bersama lelaki lain.

Memetik laporan Sindonews, sekembalinya ke negara asal wanita itu tinggal di rumah lelaki lain yang juga merupakan warga tempatan di Desa Carangrejo, Jawa Timur.

Berang Isteri Pulang PJJ Terus Minta Cerai, Suami Merobohkan Rumah Dibina Mereka  Bersama

Nekad bersama kekasih gelap sebab dah selesa berdua

Bukan itu sahaja, wanita itu juga nekad untuk dilepaskan oleh suaminya atas alasan sudah selesa hidup bersama kekasih gelap.

Kecewa dan marah dengan perkhabaran itu, si suami pun bertindak merobohkan rumah yang dahulunya dibina bersama isteri.

Sakit hati, suami cabut semua kayu di rumah dengan bantuan penduduk lain

Berang Isteri Pulang PJJ Terus Minta Cerai, Suami Merobohkan Rumah Dibina Mereka  BersamaMalah, dia mencabut setiap kayu yang dipasang dan mengambilnya semula kerana ia milik keluarga sebelah lelaki. Dalam pada itu, dia hanya meninggalkan bangunan rumah yang menjadi milik isterinya.

Simpati dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu, penduduk sekitar turut bekerjasama membantu merobohkan rumah tersebut.

Tonton video penuh:

Sumber: Borak Daily

 

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply