Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

Seorang lelaki terbeli 2 tin cat murah yang dilelong dengan harga RM34, alangkah marahnya dia apabila mendapati salah satu tin cat tidak elok digunakan lagi sebab sudah berair. Dia pun melihat satu lagi tin, namun bertambah marah apabila mendapati tin itu berisi pasir!Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

Tony O’Brien sudah menetap di bahagian barat Sydney sejak 12 tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia telah membeli dua tin cat rumah bersaiz 3.8 liter pada lelongan estet dengan harga RM34.
Sebaik tiba di rumah, dia telah membuka salah satu tin cat tersebut dan mendapati cat tersebut sudah tidak elok kerana dipenuhi air.

“Salah satu tin cat tersebut sudah berair dan tidak elok lagi,” katanya kepada A Current Affair.
Tin cat yang kedua pula dibiarkan selama bertahun-tahun sehinggalah dia memutuskan untuk membukanya.Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

 

Setelah dibuka, dia mendapati tin tersebut dipenuhi dengan pasir. Berang dengan kejadian itu, dia memutuskan untuk membuangnya. Tiba-tiba, dia merasakan lebih baik jika dia menyimpan pasir tersebut bagi tujuan menurap tanah di kediamannya.

Pada suatu hari, setelah pulang dari bekerja, Tony memutuskan untuk melakukan kerja-kerja menurap dengan pasir di dalam tin cat tersebut. Namun, dia mendapati pasir tersebut agak basah dan sukar untuk dikeluarkan.Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

Justeru, Tony telah memasukkan tangannya ke dalam pasir dan menemui sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang tunai yang sangat banyak!

 

Terdapat lebih kurang 5,000 ikat wang kertas Australia lama di dalam bungkusan berkenaan. Tony terpaksa meletakkan kesemua wang kertas tersebut di atas permaidani dan cadarnya bagi mengeringkan wang kertas tersebut.Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

Dua hari kemudian, Tony telah membungkus kesemua wang tersebut dan membawanya ke bank. Pulang dari bank, Tony dengan serta-merta memiliki kekayaan sebanyak lebih RM152,000 hasil pertukaran wang lama tersebut.

Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

 

Menurut Tony, dengan adanya wang tersebut, Tony mampu mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Dia telah membeli sebuah peti ais, dapur gas dan kereta lama jenis Holden Commodore.

 

Tin cat yang membawa nasib tuah sekali gus mengubah hidupnya itu dijadikan sebagai perhiasan dan ditempatkan di ruang pameran dalam rumahnya.

 

Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

Tony turut menjelaskan bahawa pada sesi lelongan tersebut, hanya sebanyak empat tin cat sahaja yang dilelong dan dia hanya mampu membeli sebanyak dua tin.

Bengang Tin Cat Dibeli Berisi Pasir, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Tersembunyi Dalamnya Selepas 12 Tahun

 

Boleh anda bayangkan jika dia telah membeli kesemua tin cat tersebut? Fuhh!

Sumber: Daily Mail

Facebook Comments Box

Leave a Reply