Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

Boleh dikatakan setiap orang mesti ada keinginan untuk membeli dan memiliki kereta idaman mereka dan akan berusaha untuk mengumpul atau mencari duit untuk merealisasikan impian mereka.Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

Begitu juga dengan pasangan suami isteri di Indonesia ini yang akhirnya selelas menyimpan duit selama 3 tahun mulai tahun 2018, akhirnya mereka berjaya membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush.

Asriadin Syamsuddin dan isterinya Ratna merupakan peniaga yang memiliki gerai jalanan di Kota Makassar.

Sepanjang mereka berniaga, mereka ada menyimpan duit hasil jualan mereka yang tidak digunakan ke dalam balang air sehingga jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah hingga membolehkan mereka membeli kereta Toyota Rush yang berharga 271 juta Rupiah atau lebih kurang RM79,644.

Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

Menurut Asriadin, kebanyakan wang dalam balang itu adalah duit syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang datang membeli barangan jualan mereka.

“Tidak terasa seperti saya menabung selama tiga tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan dapati nilainya mencecah ratusan juta rupiah,” ujarnya.

Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

Ketika pergi ke sebuat pusat jualan kereta Toyota, pekerja di sana terkejut apabila melihat mereka membawa 9 balang berisi duit, namun tetap melayan Asriadin dengan baik.

Pengurus cawangan jualan kereta, Ariefyanto Arsjad berkata ini adalah kali pertama cawangannya menyambut pelanggan yang membawa balang-balang air untuk membeli kenderaan.

Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

“Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana kami belum pernah ada pelanggan beli kereta menggunakan duit syiling secara tunai.

“Apabila kami kira, kami dapati Asriadin bawa wang cukup sebanyak 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush.”Beli Kereta Toyota Bayar Tunai, Suami Isteri Bawa 9 Balang Air Berisi Duit Ke Pusat Jualan Kereta

Difahamkan sebelum ini Asriadin telahpun membayar wang deposit yang tidak didedahkan jumlahnya, namun dengan tambahan duit dari 9 balang yang dibawanya telah membolehkannya membeli kereta Toyota Rush secara tunai.

Facebook Comments Box

Leave a Reply