Beli Air Cincau, Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincaunya Hilang

Setiap tahun, berita-berita mengenai penjualan makanan di bazar Ramadan setiasa menjadi topik hangat dikalangan netizen terutamanya yang beragama Islam. Antara topik yang sering menjadi bualan ialah, makanan-makanan yang dijual sama ada sedap atau tidak, harganya dan juga kualiti makanan dan minuman.Beli Air Cincau, Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincaunya Hilang

Baru-baru ini tular di Indonesia, seorang lelaki ada berkongsikan kisah uniknya selepas membeli air cincau hitam. Menurut Khoirul Anam, dia membeli juadah air ini untuk diminum selepas solat Terawih.

Seperti kebiasaan, air yang dibeli dalam plastik akan dituang ke dalam bekas air atau cawan supaya lebih mudah diminum. Namun, Khoirul terkejut apabila terdapat sesuatu yang pelik terhadap air cincau hitam yang dibelinya.

Beli Air Cincau, Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincaunya Hilang

Cincau yang kelihatan besar dan enak dalam plastik tersebut rupa-rupanya hanyalah contengan daripada ‘marker pen’!

Beli Air Cincau, Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincaunya Hilang
Cincau mana?

Khoirul turut berkongsikan beberapa gambar plastik yang diconteng itu. Jika dilihat sekali imbas, memang kelihatan seperti plastik telah diisi dengan cincau.

Beli Air Cincau, Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincaunya HilangHantaran ini tular dan mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian di laman Facebook. Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan ‘nasib malang’ pemuda ini.

Hati-hati semasa membeli juadah berbuka puasa!

Kredit: Khairul Anam/ Lobak Merah

Facebook Comments Box

Leave a Reply