Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

Seorang lelaki warga emas berstatus OKU bersama isterinya yang menghidap barah tahap empat terpaksa menunggu hampir dua jam selepas kereta mereka dikunci berhampiran Hospital Kota Bharu, hari ini.arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

Menurut seorang individu bernama Mustaqeem Yusoff, dia menerima satu panggilan daripada seseorang yang memberitahunya kejadian yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan.

Dia yang kebetulah berada berhampiran telah datang bersama seorang lagi rakannya untuk membantu pasangan itu.

arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

“Kami telefon syarikat Citycarpark beritahu situasi dan keadaan pakcik ini minta dikecualikan bayaran tapi kesudahannya amat mengecewakan. Duit juga jadi ukuran,” katanya.

Oleh kerana pihak Citycarpark berkeras tidak mahu memberi pengecualian, mereka membuat keputusan untuk membantu pakcik itu membayar denda tersebut.

arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

“Saya terharu bila sahabat saya ini terus setuju untuk bayar denda pakcik ni. kami terus pergi ke tempat pakcik ini untuk selesaikan.

arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

“Sebelum balik sahabat saya sempat lagi memberi sedikit sumbangan kepada pakcik ini,” katanya.

Sementara itu, netizen mengecam pihak Citycarpark yang tidak mahu bertolak ansur dan mahu pakcik OKU membayar denda sebelum kunci dibuka.

arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar

Ada juga yang memuji tindakan individu tersebut yang membantu pakcik itu menyelesaikan denda.

arenagempak.com - Bayar Dulu Baru Kami Bukakan Kunci Tayar
Antara komen-komen netizen
Facebook Comments Box

Leave a Reply