Baru Tinggalkan Sekejap, Ibu Menjerit Trauma Melihat Anaknya Mengunyah Lipas Dalam Mulut!

Di usia kanak-kanak yang masih kecil, agak normal jika mereka mahu mencuba untuk makan apa saja. Oleh itu, kadang-kadang mereka akan menggigit atau makan benda yang sepatutnya tidak boleh dimakan seperti kertas, duit syiling atau mainan-mainan kecil. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak ini akan terpaksa dihantar ke hospital untuk keluargan benda-benda tersebut.Baru Tinggalkan Sekejap, Ibu Menjerit Trauma Melihat Anaknya Mengunyah Lipas Dalam Mulut!

Kanak-kanak masih sangat mentah dan masih belum dapat membezakan dengan baik benda atau perkara yang elok atau tak elok. Mereka perlukan pemantauan teliti daripada orang dewasa sepanjang masa demi elakkan perkara tidak diingini berlaku.

Seorang ibu berdepan dengan keadaan cemas apabila meninggalkan dua orang anaknya bersendirian untuk bermain sesama mereka.

Wanita itu berasa hairan apabila anak-anaknya jadi terlalu senyap dan merasa curiga dia pun memeriksa aktiviti mereka. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila melihat anaknya sedang mengunyah lipas dan dia terus menjerit! Kelihatan jelas cebisan lipas atas lantai!Baru Tinggalkan Sekejap, Ibu Menjerit Trauma Melihat Anaknya Mengunyah Lipas Dalam Mulut!

Dia pun terus terus bertindak membawa anak-anaknya untuk muntahkan benda dimakan mereka, basuh mulut serta menggosok gigi.

 

Menurut Asia One, Salah seorang anaknya tidak mahu memuntahkan lipas dalam mulutnya menyebabkan wanita ini menjadi semakin cemas. Mujurlah dia akhirnya dapat mencungkil keluar lipas tersebut dari mulut anaknya.Baru Tinggalkan Sekejap, Ibu Menjerit Trauma Melihat Anaknya Mengunyah Lipas Dalam Mulut!

Ibu yang trauma dengan kejadian itu berkongsikan kisahnya dan memberikan peringatan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak di rumah. Dua hari sebelum itu, wanita berkenaan telahpun mengemaskan rumahnya namun tak jumpa sebarang lipas.

Facebook Comments Box

Leave a Reply