Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar ‘Gangster’ Kampung Semasa Hantar Barang

MENJADI mangsa dikejar anjing barangkali antara dugaan seorang penghantar barang atau runner semasa bertugas. Namun, lain pula kisah seorang pemuda ini apabila terpaksa berdepan dengan seekor angsa.arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

“Selama aku jadi runner, pertama kali aku kena dengan angsa,” luahnya menerusi perkongsian di laman Instagram dengan memuat naik videonya dikejar angsa.

Pemuda berkenaan, Muhammad Shafiq Kamaludeen memberitahu, dia sebenarnya baru dua minggu bertugas sebagai runner secara sambilan di Melaka.

Nyaris dipatuk seekor angsa.

arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

Remaja berusia 19 tahun itu berkata, dia dikejar seekor angsa semasa mahu menghantar barang ke sebuah rumah di Pantai Rombang bersama seorang rakan, pada Sabtu lalu.

“Tak jumpa rumah penerima, saya pun singgah di rumah lain di kawasan yang sama, yang sebenarnya hanya jarak beberapa unit sahaja dari lokasi penghantaran.

“Saya pun tanya tuan rumah, tapi tak sedar yang rumahnya ada beberapa ekor angsa. Sudahnya saya kena kejar dengan seekor angsa,” katanya kepada mStar.

arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

Muhammad Shafiq merasai pengalaman dikejar angsa pada minggu pertama bertugas sebagai runner.

Muhammad Shafiq berkata, rakannya ketika itu sempat masuk di kawasan rumah sebelum membuat rakaman dirinya dikejar angsa.

arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

“Memang panik masa tu dan angsa tu kejar saya sampai ke belakang rumah. Tapi mujur ketika itu saya tengah pegang kotak barang untuk menghalangnya daripada mematuk.

“Rakan saya yang buat rakaman hanya ketawa saja. Tapi keadaan kembali tenang selepas tuan rumah bantu menjinakkan angsa tu,” ujarnya yang berasal dari Melaka Tengah.

Muhammad Shafiq tidak menyangka tiga kali dikejar haiwan dalam tempoh seminggu.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ini bukan kali pertama dia dikejar haiwan semasa bertugas sebagai runner.

arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

“Kali pertama sewaktu saya nak hantar barang di sebuah kilang dengan menaiki kereta. Masa tu tingkap pintu kereta diturunkan sebab tak pakai aircond.

“Baru je nak buka pintu kereta, tiba-tiba seekor anjing datang kejar saya. Cepat-cepat saya masuk balik ke kereta dan naikkan tingkap,” tambahnya.

Muhammad Shafiq yang baru menamatkan kursus kemahiran di Pusat GiatMara di Sungai Rambai, Melaka turut berkongsi satu lagi insiden ketika sedang menjejaki lokasi penghantaran.

“Minggu lepas juga, masa tu saya hantar menggunakan motosikal. Jadi, berhenti di tepi jalan sebab nak check lokasi rumah penerima.

Pengalaman dikejar anjing dan angsa tidak membuatkannya serik untuk bertugas sebagai runner.

“Tak sangka pula ada seekor anjing kat belakang tong sampah, dekat tempat saya berhenti tu. Tiba-tiba anjing tu keluar dari situ, menyalak dan kejar saya.

arenagempak.com - Baru Saja Kerja Runner, Lelaki Dah Kena Kejar 'Gangster' Kampung Semasa Hantar Barang

“Nasib baik masa tu saya masih di atas motor dan terus pulas enjin beredar nak elak daripada digigit anjing. Tak toleh belakang dah, terus pecut,” ujarnya secara berseloroh.

Bagi anak muda itu, pengalaman tiga kali dikejar haiwan pada minggu pertama bertugas tidak membuatnya serik untuk memberi khidmat sebagai penghantar barang.

“Inilah kerja saya untuk cari rezeki, kena kejar anjing dan angsa tu sebahagian daripada dugaan. Cuma selepas ini, kena hati-hati tengok kiri dan kanan supaya tak kena kejar oleh mana-mana lagi,” ujarnya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply