Bapa MeninggaI, Ibu Tinggalkan Mereka Selepas Kahwin Lain, Gadis 17 Tahun Hidup Berdikari Jaga Adik

Seorang remaja bernama Priya Sulistiani yang tinggal di Kabupaten Indramayu, Indonesia harus menjalani kehidupan berdua bersama adiknya setelah ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya.arenagempak.com - Bapa Meninggal, Ibu Kahwin Lain Dan Tinggalkan Mereka, Gadis 17 Tahun Hidup Berdikari Jaga Adik

Menerusi laporan Tribun News, remaja berusia 17 tahun itu tetap tersenyum dan kuat menghadapi dugaan meskipun rumah yang diduduki sudah roboh.

Malah, adik kecil dikenali sebagai Naufal Naafy Ayyaasy yang lapan tahun itu menangis kerana mengenangkan nasib dia dan kakak tercinta dalam meneruskan kehidupan

Kedua-dua mereka tinggal di rumah pusaka peninggalan datuk dan nenek dimana bapa mereka telah meninggal dunia, manakala si ibu pula sudah berkahwin dengan lelaki lain.

Tambahnya lagi, setiap malam dia akan menangis kerana teringat kenangan bersama Allahyarham bapanya. Kenangan saat mereka bahagia sering bermain di fikirannya.

“Sebab selalunya kan kumpul sekali satu keluarga. Tapi sekarang sudah berbeza,” katanya.

arenagempak.com - Bapa Meninggal, Ibu Kahwin Lain Dan Tinggalkan Mereka, Gadis 17 Tahun Hidup Berdikari Jaga AdikSejak ditinggalkan oleh ibunya, dia membiasakan diri untuk menjadi seorang kakak yang menggalas tanggungjawab dan tugas harian seorang ‘ibu’ untuk menjaga adik lelakinya itu.

Cinta dan sayang untuk adiknya terlalu besar sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Naufal gembira dan tidak bersedih.

Nasib kedua beradik ini mengundang ramai simpati orang kampung dan ramai mengambil berat akan makan minum mereka, semoga kedua-dua beradik ini tetap tabah untuk meneruskan kehidupan mereka.

Sumber: Tribun News via Borakdaily

Facebook Comments Box

Leave a Reply