Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta

Sebut sahaja padang pasir, mesti ramai antara kita terbayang akan kawasan luas yang kering kontang, panas dan dipenuhi dengan pasir dan mungkin menyimpan misteri yang belu kita ketahui. Selain itu, mungkin ada juga tumbuhan seperti kaktus.Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta - arenagempak.com

Pada suatu hari, sekumpulan pelombong telah menemui sebuah kapal terbengkalai yang dipercayai karam lebih 500 tahun dahulu di padang pasir Namibia yang berhampiran dengan pantai.

Kapal tersebut dijumpai oleh mereka di satu kawasan yang dikenali sebagai Skeleton coast (pantai rangka tulang).”Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta - arenagempak.com

Kawasan itu diberi nama sedemikian kerana tempat tersebut seringkali menjadi mimpi ngeri kerana kerapkali kapal-kapal yang melaluinya akan tenggelam apabila melalui kawasan tersebut.

Penemuan kapal itu telah dimaklumkan kepada seorang ahli arkeologi yang dikenali sebagai Dr. Dieter Noli.Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta - arenagempak.com

Dr. Dieter Noli pada mulanya mahu mencuba menggali sebuah lombong berlian di kawasan tersebut namun tidak menyangka dia juga ditakdirkan untuk menemui peninggalan sejarah yang bernilai di kawasan tersebut.

Dr. Dieter Noli dan kumpulan pelombong disitu pun mula memeriksa keadaan kapal tersebut dan ketika mereka mengalihkan sebatang paip di dalam kapal, tiba-tiba mereka terdengar bunyi gemerincing dari dalam paip tersebut.Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta - arenagempak.com

Alangkah terkejutnya mereka apabila ketika membuka dan memeriksa paip tersebut, mereka menjumpai banyak duit syiling emas lama yang masih elok.

Bangkai Kapal Berusia Lebih 500 Tahun Ditemui Di Padang Pasir, Tersimpan Harta Karun Bernilai RM38 Juta - arenagempak.com

Penemuan syiling itu juga membantu para pengkaji untuk mengetahui bahawa kapal tersebut adalah sebuah kapal Portugis dari kurun ke-14.

VIDEO:

Dikatakan selain daripada syiling-syiling, mereka juga trelah menemui beberapa lagi benda bernilai seperti gading gajah dan nilai kesemua barangan harta karun yang dijumpai mereka adalah dianggarkan mencecah $9 juta atau lebih RM38 Juta.

Kredit: Nbcnews

Facebook Comments Box

Leave a Reply