Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah kata pepatah yang mungkin boleh disimpulkan apabila melihat seekor anjing terbuang merayau-rayau dari rumah ke rumah sambil membawa mangkuk makanannya yang kosong.
Perkongsian video yang dirakam sepasukan anggota sukarelawan World Animal Awareness Society itu amat meruntun hati dan menyedihkan.
Anggota sukarelawan yang melancarkan Projek Haiwan Jalanan Amerika merakama video tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai nasib setiap haiwan seperti haiwan peliharaan yang ditinggalkan tanpa dijaga.
Antara tujuan lain pula adalah memberi kesedaran kepada masyarakat yang kadangkala suka menerapkan pandangan bahawa haiwan peliharaan yang dibuang atau ditinggalkan pandai mencari makanan sendiri dan menjaga diri mereka.
Realitinya, tidak semua haiwan-haiwan ini mampu menjaga diri di jalanan dan ada diantaranya yang akan kebuluran dan akhirnya mati.
Berbalik kepada video anjing tular, video tersebut dirakamkan di sebuah kawasan kejiranan di Detroit, Amerika Syarikat. Anjing yang kelaparan itu dilihat menggonggong makngkuk makanan yang kosong dan berjalan di kawasan yang dipenuhi semak samun untuk mencari sesiapa yang sudi memberikan makanan kepadanya.
Anjing itu mengunjungi lebih kurang 5 buah rumah di kawasan terbabit tanpa menyedari kesemua rumah itu telah ditinggalkan oleh penghuninya.
Anggota sukarelawan yang melihat anjing berkenaan pun segera membantunya dan memberikan air dan makanan dengan mengisinya dalam mangkuk dibawa anjing tersebut.
VIDEO:
Kesemua anjing terbiar yang ditemui di kawasan berkenaan telah ditangkap dan diletakkan dibawah jagaan pasukan sukarelawan berkenaan.