Anak Sudah Terkulai Layu, Ibu Tak Berhenti Memikirkan Detik Cemas Nyaris Kehilangan Anak

Ketika sedang menidurkan anak, si ibu terkejut apabila terdengar bunyi pelik yang datang kerongkong anaknya. Sebaik saja diperiksa, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati terdapat objek kecil di dalamnyaAnak Sudah Terkulai Layu, Ibu Tak Berhenti Memikirkan Detik Cemas Nyaris Kehilangan Anak.Maddy Grantham berkata, dia masih rasa bersalah dan menggigil ketika menceritakan semula kejadian itu. Namun dia tidak mahu kejadian itu berulang dan berkongsikan kejadian itu di Facebooknya sebagai peringatan kepada ibu bapa lain di luar sana.

Menurut Maddy, anak perempuannya, Maya, 2, gemar mempunyai banyak mainan kecil. Maya gembar menyusun mainan itu, menyuapnya, meletak mainan itu di atas katil dan sebagainya.

Kebiasaannya Maya dipantau oleh ibunya ketika bermain. Namun pada malam kejadian, Maya berjaya ‘menyeludup’ salah satu mainannya ke tempat tidur dengan meletakkan mainan itu di dalam mulut.Anak Sudah Terkulai Layu, Ibu Tak Berhenti Memikirkan Detik Cemas Nyaris Kehilangan Anak

 

Oleh kerana terlalu mengantuk, Maya tertidur dan mainan tersebut masih berada di dalam mulutnya. Sementara ibunya pula berada di sebelah Maya, sedang menyusukan anak bongsu yang berusia 11 bulan.

Sebaik saja terdengar bunyi pelik itu, Maddy terus bergegas memeriksa mulut Maya dan mendapati mainan kecil itu berada di tekak anaknya.

Dia segera memanggil suaminya, Damion bergegas ke bilik dan meminta Maddy menghubungi ambulans sementara dia cuba mengeluarkan mainan itu dari mulut Maya.

Malangnya, mainan itu tidak dapat dikeluarkan biarpun sudah pelbagai cara dan usaha dilakukan, termasuk menonggengkan mangsa dan apa yang keluar adalah darah.

 

Sebaik saja ternampak darah itu, Damion tanpa berlengah menjolok mulut anaknya dan berjaya mengeluarkan mainan tersebut.Anak Sudah Terkulai Layu, Ibu Tak Berhenti Memikirkan Detik Cemas Nyaris Kehilangan Anak

“Pihak ambulans tiba dan terus memeriksa keadaan Maya. Dia okey, mungkin tercedera sedikit di bahagian tekak.

“Saya tak dapat berhenti memikirkannya. Dia sudah terkulai layu dan nyaris hilang nyawa. Mainan itu telah dibuang ke tong sampah. Selepas ini kena buat spot check setiap malam. Ibu bapa sila berhati-hati,” katanya.

Sumber:  Maddy Rose

Facebook Comments Box

Leave a Reply