Anak Menjerit Terpijak Duri Landak, Dan Terpaksa Dirawat Di Hospital

“TUMIT kaki kiri berasa sangat sakit, panas dan berdenyut menyebabkan saya serik untuk mandi pantai di situ,” kata Ahmad Zafri Iskandar Sarudin ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.arenagempak.com - Anak Menjerit Terpijak Duri Landak, Dan Terpaksa Dirawat Di Hospital

Penduduk Kampung Bukit Guntong itu terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang tujuh serpihan duri landak laut di tumit kaki kirinya selepas tepijak hidupan laut itu ketika mandi manda di Pantai Tok Jembal.

Ahmad Zafri, 11, berkata, dia sedang asyik mandi pantai bersama adik beradiknya sebelum terpijak landak laut itu.

“Ketika itu saya mandi di pantai pada paras pinggang dan berasa sangat sakit pada kaki sebaik memijak sesuatu yang berduri di dalam air.

“Saya menjerit kepada ibu sebelum diminta supaya naik dan terkejut melihat tujuh serpihan duri tertanam dalam kulit pada bahagian tumit.

arenagempak.com - Anak Menjerit Merengek Sakit, Duri Landak Di Tumit Kaki Dan Terpaksa Bawa Ke Hospital

“Ibu, Hasrina Azlin Othman, 44, cuba membuangnya tetapi sukar kerana ia tertanam agak dalam pada tumit,” katanya.

Sementara itu, Hasrina berkata, dia cemas apabila anaknya itu asyik merengek kerana sakit pada bahagian tumit kaki itu.

Menurutnya, mereka tidak pasti apa dipijak di dalam air sehingga menyebabkan kesannya begitu ketara.

“Anak dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal tetapi tetap gagal membuang serpihan duri di tumit kaki anak itu seterusnya anak dirujuk ke HSNZ.

arenagempak.com - Anak Menjerit Merengek Sakit, Duri Landak Di Tumit Kaki Dan Terpaksa Bawa Ke Hospital

“Selepas dirawat di HSNZ, kami baru dimaklumkan mengenai landak laut itu berikutan sudah ramai penduduk terpijak hidupan laut itu di pantai sama, sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga memang sering berkunjung ke Pantai Tok Jembal itu untuk mandi dan kali pertama mengalami kejadian itu

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply