Pelakon dan pengacara Adibah Noor akui dia terpaksa menjual rumah dan menggadaikan barang kemasnya demi kelangsungan hidup sepanjang PKP. Dedah Adibah, tindakannya itu disebabkan keadaan kewangan semasa yang terjejas lantaran pandemik COVID-19.
“Orang macam saya pekerja-pekerja seni yang berada di depan kamera dan di atas pentas, memang nampak macam mewah, sering kali muat naik video atau gambar untuk menunjukkan masih aktif berkecimpung dalam bidang seni.
“Tapi hakikatnya masa PKP dulu, saya memang tiada pekerjaan langsung yang mengakibatkan saya tiada pendapatan.
“Selepas PKP iaitu pada fasa pemulihan, barulah dapat tawaran kerja sedikit demi sedikit untuk berlakon, menyanyi dan sebagainya,” luahnya.
Meskipun mendapat tawaran, Adibah memberitahu bayaran yang diterimanya tidak lagi sama sebagaimana sebelum bermula pandemik COVID-19, malah jauh lebih rendah. Justeru, Adibah akui dia terpakksa menjual rumah dan memajak barangan kemasnya.
“Saya tak malu untuk memberitahu, yang memang banyak benda yang saya dah jual. Saya jual rumah, barang kemas pun ada di pajak gadai.
“Saya tak malu nak bagitahu yang saya juga mengalami kesusahan atau kesukaran dari segi kewangan, tapi kita cuba cari jalan sendiri,” katanya.
Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, pengakuannya bukanlah untuk menagih simpati.
Bagaimanapun, hanya makluman bahawa kehidupan serta pendapatannya turut terkesan akibat pandemik sekali gus memohon maaf kerana tidak berupaya menghulurkan bantuan lagi.
“Saya bukan nak mengadu, ini juga bukan curahan perasaan untuk menagih simpati, tidak! Cuma saya nak bagitahu hakikatnya saya juga mempunyai masalah saya yang tersendiri.
sebab ramai yg mohon…
maafkan saya… ? pic.twitter.com/c3d9tQdRNc
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) July 27, 2020
“Minta maaf saya tak dapat membantu orang lain kerana saya kena bantu diri saya sendiri.
“Apa-pun saya doakan semoga kita semua dapat mencari rezeki. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dapat hidup senang lenang sama-sama,” ujarnya.
Sumber: Gempak