“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni..?” – Jawapan Makcik Jual Kuih Buat Pelanggan Wanita Terdiam

Apakah Melayu sudah bankrup? Perbualan penjual kueh dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga sajaaa.. “Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora.“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni..?” - Jawapan Makcik Jual Kuih Buat Pelanggan Wanita Terdiam

“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.

“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh. “Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.

“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.

“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

“Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?” tanya makcik itu.

“Tengahari, dalam jam 11 macam tu,” agak Nora.“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni..?” - Jawapan Makcik Jual Kuih Buat Pelanggan Wanita Terdiam

“Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi,” jawab Makcik tu. “Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah,” beritahu makcik itu.

“Sekarang pukul berapa ni dik?” tanya makcik itu lagi kepada Nora.

“5 suku,” jawab Nora.

“Adik pelanggan kedua makcik hari ni,” jawab makcik itu. “Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20.”

Nora diam sahaja.

“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari. “Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”

 

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat,” beritahu makcik tu. “Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”

“Sejam lebih,” agak Nora lagi. “Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?”

Makcik itu merenung muka Nora.

“Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,” jawab makcik itu. “Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. ”

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, “tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik.”

Nora terdiam tertanya-tanya. “Pelik macam mana tu Cik?”

“Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal,” Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

“Adik pernah cuba buat kuih orang kita?” tanya makcik itu tiba-tiba.

“Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu,” jawab Nora.

“Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?” tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni..?” - Jawapan Makcik Jual Kuih Buat Pelanggan Wanita Terdiam

“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah,” kata makcik itu. “Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.”

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua,” kata makcik tu.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.

“Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?” Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

“Eh, makcik, ni kan duit kuih saya,” kata Nora.

“Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” jawab makcik itu.

“Kenapa pula makcik?” tanya Nora kehairanan.

“Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita,” jawab makcik itu.

“Saya mampu makcik,” balas Nora.

“50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu,” kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

KESIMPULAN DARI PERBUALAN ATAS

  • # kalau rasa 50 sen tu mahal jangan beli
  • # kek s. resepi murah je boleh beli
  • # jangan bantu orang susah
  • # bantu orang senang
  • # harga berpatutan dah jangan pertikai
  • # tolong hargai susah payah orang yg buat
  • # cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
  • # agak2 faham ke
  • # beli kt pasaraya tak minta kurang pun.
  • # saja cari pasal
  • # dah murah nak murah lagi
  • # please la fikir dan nilaikan
  • # pergi la cari yg paling murah kalau dpt.
  • # jual harga standard pun minta kurang melampau2
  • Fikirkan wahai melayu 😉

Kejadian di Kulim Kedah
C&P

Semoga kita dapat pengajaran berguna daripada kisah ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply